LESSON FOR TODAY

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua.



Hari ini tiada banyak hal yang nak aku kongsikan bersama kalian. Cuma ada sedikit pelajaran penting untuk kita kongsikan bersama. Today, i have a little bit "rasa kecil hati" yang muncul di pagi hari. TAPI sebagai insan biasa yang ada sedikit erti tahu perasaan marah dan kecil hati, aku sememangnya takkan lari dari sifat itu. It's NORMAL for me kalau kita ada juga perasaan marah/ kecik hati. aku tak tahulah kalau ada orang yang sememangnya di lahirkan dengan sifat terlalu sempurna sehingga tiada perasaan marah, kecil hati atau sebagainya. Bertuahlah hidup dia, kalau 24 jam happy forever. Alhamdulillah..:)



Hurm.. lesson for today... hari ini, aku baru tahu macam mana rasanya bila kita tengah DRIVE dalam keadaan emosi kita tidak stabil/ terganggu/ diganggu gugat oleh hal-hal yang boleh bikin hati kita rasa sedih, marah, kecil hati. Actually, sebelum ni aku tak pernah hadapi semua perasaan tu waktu nak mulakan atau tengah drive. Cuma hari ni lain sikit sebab perasaan tu berlaku di saat aku nak on the way ke tempat kerja. Bezanya bila ia berlaku di saat kita boleh mengawal rasa kecil hati adalah kita akan boleh membuang perasaan tu atau tinggalkan ia sekejap. Nanti-nanti boleh fikir balik. Tapi pagi ni, lain pula yang berlaku. hurm...sedihnya! RASA BERSALAH SANGAT DENGAN SANG PENCIPTA kerana merosakkan/ memulakan hari Jumaat dengan perasaan libang-libu sebegini rupa. AMPUNKAN DAKU YA ALLAH. Sesungguhnya daku hamba-MU yang lemah. Sering terkecewa saat di uji. Tapi daku tidak pernah menyalahkan Engkau YANG MAHA AGUNG kerana daku percaya, setiap yang ENGKAU takdirkan untukku adalah yang terbaik untukku. 



Ceritanya...

bila tengah DRIVE dalam keadaan emosi tak stabil = macam-macam boleh berlaku.

PEMANDUAN ---> akan jadi tak ketahuan hala

MEMANDU SAMBIL EMOSI TAK STABIL ----> akan menjadikan kita tidak sedar berapa jumlah pedal minyak yang kita tekan. sama ada sedikit atau terlebih dari had yang sepatutnya.

MEMANDU ---> tapi kita tak alert dengan keadaan sekeliling.



JADI MORALNYA/ TAK BERMORALNYA HARI INI....



JANGAN DRIVE DALAM KEADAAN EMOSI TIDAK STABIL SEBAB BANYAK BENDA BOLEH TERJADI YANG BOLEH MEMBUATKAN KITA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN.



JANGAN DRIVE DALAM KEADAAN EMOSI TIDAK STABIL SEBAB KADANG-KADANG IA AKAN MENJADIKAN KITA KHAYAL MEMIKIRKAN HAL YANG BUAT EMOSI KITA TAK STABIL.



JANGAN DRIVE DALAM KEADAAN EMOSI TAK STABIL SEBAB WALAU KITA RASA/ YAKIN KITA DAH DRIVE DALAM KEADAAN OK WAL HALNYA TIDAK!!!.



JANGAN DRIVE DALAM KEADAAN EMOSI TAK STABIL SEBAB WALAU KITA MEMANG YAKIN KITA DRIVE DENGAN HATI-HATI WAL HAL KITA TAK ALERT DENGAN KEADAAN SEKELILING. contohnya: kita bawa kereta dah elok dengan penuh yakin, tapi kita tak perasan bahawa kereta yang berada di laluan bertentangan dengan kita tu dah ambik laluan kita tanpa kita sedar! (hurm..ini lah yang berlaku pada aku seawal pagi tadi. sepanjang perjalanan ke tempat kerja, dua kali aku berdepan dengan masalah ini). aku yakin, aku drive dalam keadaan ok dan perjalanan meter juga dibawah kesedaran dan had laju yang dibenarkan tapi silap aku sebab TIDAK ALERT DENGAN PEMANDU YANG BERADA DI LORONG LAIN DAN CARA PEMANDUAN PEMANDU YANG BERADA DI LALUAN BERTENTANGAN..syukur ALLAH masih sayangkan diri ini. Dua kali hal yang sama berlaku, dua kali juga aku rasa terkejut tapi sempat mengelak. Akhirnya aku berhenti sekejap ke tepi dan stabilkan emosi dulu. beristighfar banyak-banyak kemudian baru mulakan perjalanan kembali. 




sempena hari JUMAAT iaitu PENGHULU segala hari ni, ada baiknya kita banyak-banyak beristighfar. Tak payah layan sangan rasa kecil-kecil hati, marah-marah ni.huhuhu...SERIK dah. TAK MAHU buat lagi. SAYANG NYAWA woooo..




SALAM JUMAAT SEMUA. Moga ke temu di lain bicara ;-)


~life-love-faith-fate~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in