BILA URUSAN DUNIA KITA TAK PERNAH SELESAI....

ASSALAMUALAIKUM semua.....

selamat hari raya aidiladha untuk semua pembaca aku...tengah buat apa tu? masih dalam mood makan daging korban ke? hewhewhew...ok guys, hari ni aku tak nak updated bebelan aku panjang-panjang macam selalu tu. just want to share this words with u all... i found this in FB this morning. so touching. moga-moga ia menjadi PERINGATAN bersama untuk kita semua... happy enjoy reading guys ;-)


*Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
*Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
*Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
*Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
*Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
*Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

*Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
*Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
*Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
*Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
*Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
*Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.
oleh kerana aku peminat tegar hero ni. makanya aku nak la hero ni inter frame dalam blog aku..bahahaha..MOTIP la sangat kan????? :-p
 

THANK YOU FOR READING =D
 
 ~~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~~
 

2 ulasan:

JaSmIn

salam.. first time baca blog awak..touching, bole share tak kt fb ? sob sob

cahaya inspirasi

Jasmln: wkslm..dipersilakan untuk berkongsi. terima kasih sudi singgah kat blog usang ni dan terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak awk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in