RESEPI TURUN-TEMURUN: CHEESECAKE BISCUIT @ CHEESEKUT

Assalamualaikum....

hai reader! kekok pula dah lama tak updated blog. sorry semua.. aku sibuk (alasan yang sering dan kerap diberikan :( ). nak buat camner? itu saja alasan paling kukuh boleh diberikan.. sibuk sebagai pekerja + sibuk sebagai student! (tanggungjawab baru)..

anyway, aku tak nak menaip panjang berjela.. this post just for sharing my latest recipe "CHEESECAKE BISCUIT"

bahan-bahan yang diperlukan :-

1 kg cream cheese (any brand. yg penting HALAL)
1 tin susu pekat manis (any brand)
1 bungkus biskut LEE (SPECIAL CRACKERS) 
1 bar coklat masak (any brand. yang penting HALAL)
1 botol susu dutch lady LOW FAT (sederhana)
1 peket nestum (original)
buah sebagai hiasan... (ikut selera)

mula-mula cairkan coklat bar dalam bekas dengan api yang kecil. kacau rata sampai cair. CI tambah 5 sudu besar air panas

mixer cream cheese sampai cair.
#jika crem cheese berada di tempat beku..sila keluarkan dahulu selama 30-45 minit supaya ia lembut dan mudah untuk mixer nanti.

bila cream dah hancur semuanya masukan sedikit demi sedikit susu pekat sehingga sama rata

pastikan cream cheese dan susu pekat menjadi seperti ini.

kemudian bahagi dua acuan cream cheese bersama susu tadi. separuh biarkan ia berwarna putih saja. separuh lagi campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan tadi. mixer cream cheese bersama acuan coklat sehingga sebati.

sehingga menjadi seperti ini...

ini dua bahagian acuan yang sudah sebati...

kemudian tuang susu low fat ducth lady ni dalam mangkuk.
#jangan isi semua

DAN

bersama biskut special crackers ini


Celup sebentar sahaja. tak perlu lama sehingga patah atau lembik. nanti cheesecake biscuit anda tak menjadi

#step seeterusnya#

*ambil bekas aluminium foil ikut size kesukaan masing-masing..
*tuang cheese layer putih selapis kemudian susun kepingan biskut crackers yg sudah di celup dengan air susu selapis dan ulangi step yg sama sehingga selesai
*kemudian masuk dan simpan dlm peti sejuk semalaman. esoknya tabur nestum dan tabur potongan buah strawberry atau apa sahaja buah (like kiwi, blueberry) serta bijian coklat warna warni... ikut kesukaan dan keselesaan masing-masing :)

#begitu juga untuk yang perisa coklat. aku dpt 1 kg cream cheese utk 2 bekas aluminium foil ni. satu perisa original cream cheese. 1 perisa coklat



TARAAAAAAA.....














maaf sempat ambil gambar cheesecake biscuit perisa cheese original saja. yang coklat dah licin dulu :)

bagi yang mahu buat sikit sahaja. boleh ikut ni :-

500g @ 250g cream cheese (any brand. yg penting HALAL)
1/2 tin susu pekat manis (any brand)
1 bungkus biskut LEE (SPECIAL CRACKERS) 
1 bar coklat masak (any brand. yang penting HALAL)
1 botol susu dutch lady LOW FAT (sederhana)
1 peket nestum (original)
buah sebagai hiasan... (ikut selera)

SELAMAT MENCUBA SEMUA...

~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in